Tips Efektif Memilih Baju Hamil

Sememangnya setiap wanita yang mengandung teruja untuk melahirkan cahaya mata,tapi dalam masa yang sama akan merasa pening untuk mencari baju hamil kerana bimbang terhadap perubahan bentuk badan.Badan yang semakin mengembang membuatkan ibu hamil memilih pakaian longgar yang dapat menutup kekurangan tersebut. Prinsip ringkas ini membantu anda kembali ranggi walaupun begelar ibu hamil.

Tips Dalam Memilih Baju Hamil

baju hamilTidak perlu mengubah gaya sebaik sahaja disahkan hamil. Jika sebelum ini anda gemar mengenakan pakaian berwarna hitam, terus sahaja memilih warna pakaian tersebut. Ia akan terasa janggal jika anda mengubah kebiasaan anda.

Sememangnya mahal harga sehelai baju hamil apatah lagi anda hanya memakainya untuk beberapa bulan. Seharusnya ia perlu dijaga rapi yang mana selepas tempoh bersalin anda boleh menyimpan kemas pakaian tersebut agar boleh digunakan untuk kandungan seterusnya.

Jangan Buang Pakaian Yang Ada

baju hamilBukan semua pakaian tidak boleh digunakan lagi selepas anda mengandung. Ada pakaian yang masih muat dan boleh digunakan jika anda bijak mengatur padanan. Seluar jeans misalnya jika ketat dibahagian perut, anda masih boleh menggunakan getah khas (belly band) yang diikat pada butang seluar.  Ia akan menambah seluar dan memberi keselesaan untuk bernafas. Gandingkan bersama kemeja panjang untuk menutup bahagian zip jean tadi.

Bersedia Untuk Membeli

baju hamilApabila pakaian harian mulai mengetat, jangan terus membeli baju hamil kerana kandungan belum benar-benar besar.Boleh cuba mencari pakaian bersaiz M atau L untuk 2 pasang dahulu. Sekurang-kurangnya ia tidak semahal baju mengandung dan baju itu masih boleh dipakai selepas anda melahirkan anak nanti.

Dikhuatiri apabila membeli baju mengandung awal menyebabkan ia longgar pada awalnya lalu menjadi ketat apabila kandungan anda semakin membesar. Tentu anda akan lebih merasa kecewa apatah lagi anda terpaksa melaburkan wang sekali lagi.

Suai padan

baju hamilIbu hamil kini semakin berani dan berkeyakinan untuk menonjolkan bahagian perut mereka. Anda boleh mengenakan kardingan separuh dengan top kontras warna. Warna senada juga boleh menyerlahkan gaya anda, gandingkan bersama scarf atau baju panas  malah barang kemas untuk menyerlahkan warna.

Aksesori

Aksesori juga dapat menyerlahkan penampilan ibu mengandung. Tampil dengan gaya asas, misalnya pakaian hitam boleh dipadankan dengan rantai leher warna cerah dan scarf sutera. Tidak salah membeli aksesori semasa hamil, sekurang-kurangnya ia masih boleh digunakan selepas anda melahirkan bayi comel anda.

Anda boleh mendapatkan baju mengandung dengan harga murah hanya menekan butang click di bawah:

 

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*