Tips Dan Cara Melatih Anak Dalam Sukan Bola Sepak

Aqil dan bola sepak
Aqil dan bola sepak

Baru- baru ini anak sulung saya mula menunjukkan minat untuk bermain bola sepak. Di suruhnya saya mengajar beliau bermain bola di depan rumah dengan pelbagai cara seperti menendang, menanduk dan menahan bola. Pada hemat saya adalah lebih baik mendaftarkan anak saya ke kelab-kelab yang menawarkan pembelajaran asas bermain bola. Disamping meningkatkan skill bermain bola malah dapat bersuai kenal dengan rakan sebaya. Bagi saya sukan bola sepak ini antara sukan yang dapat membentuk displin kanak-kanak kerana kanak-kanak akan mendengar kata-kata dari coach dan melakukan segala arahan yang dipinta.

Testing bola dulu sebelum beli
Testing bola dulu sebelum beli

Sebelum mendaftar anak saya ke kelab CJ FC saya terlebih dahulu membeli barang-barang sukan yang diminta. Saya ke sport direct yang beroperasi di dalam Tesco Seberang Jaya. Saya  membeli serba sedikit kelengkapan dan aksesori barangan kasut untuk bermain bola sepak  seperti stokin, sim pack , beg galas, baju sukan dan semestinya kasut bola. Harga untuk membeli segala peralatan ini pun hampir mencecah RM300. Sewaktu saya kecil-kecil  dahulu kasut bola kain RM10 je pun sudah memadai bagi saya asalkan dapat menendang bola. Tapi kini zaman kanak-kanak sudah berubah dan gaya pun turut berubah.

Pilih kasut yang bersesuian dengan kaki anak
Pilih kasut yang bersesuian dengan kaki anak

Jika anda berminat membeli seara online anda boleh je klik Link LAZADA DISINI.

Baiklah setelah membeli barang-barang keperluan untuk sukan bola sepak. Saya telebih dahulu mengasah bakat anak sulung saya ini dengan skill cara menanduk dan menahan bola terlebih dahulu. Rasanya agak keletihan apabila bermain tanpa henti selama sejam. Agak sukar juga bila bermain bola tanpa menggunakan kit seperti kon dan tiang gol. Saya hanya mengharapkan pokok sebagai tiang gol. Anda boleh melihat video yang saya kongsikan dibawah dan jangan lupa untuk subscribe ya.

Saya akhirnya menelefon coach jun dan menanyakan tentang kelab bola sepak CJ FC ini. Beliau menyatakan kelab CJ FC ini melatih pemain dibawah peringkat umur dan beliau pun ada mengambil pemain di usia 6 tahun untuk di latih. Waktu latihan adalah pada pukul 5 petang sehingga 7 petang pada hari Sabtu dan 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi pada hari Ahad di sekolah Permatang Tok Kandu di Seberang Perai Pulau Pinang. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM15 ringgit sahaja sebulan dan sudah tentu harganya bagi saya amatlah berpatutan.Jika anda berminat untuk menghantar anak anda ke kelab CJ FC ini anda boleh menghubungi atau whatsapp coach Jun di talian 0189423209. Saya akan menulis lagi tentang peranan CF FC ini dan gelagat anak saya pada hari pertama sewaktu dalam latihan.

 

 

About slumber 77 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*