Tempat memancing udang di pulau pinang

aqil memancing udang
aqil memancing udang

Bagi mereka yang gemar aktiviti memancing disini adalah salah satu tempat yang menarik untuk memancing udang di pulau pinang. Lokasi tempat untuk memancing udang adalah di bukit minyak jalan permatang tinggi. harga untuk  satu jam memancing hanya rm15 sahaja. Anda tidak perlu risau kerana segala kelengkapan dan umpan untuk memancing disediakan oleh tuan kedai.

Faktor kesabaran semasa memancing adalah amat penting. Saya hanya menemani anak saya memancing sahaja  dan menolong mencabut udang dari mata kail jika dier berjaya menarik udang. Masa yang saya peruntukan adalah hanya sekitar 2 jam kerana bagi saya terlalu lama harga bayaran semakin meningkat dan tangkapan tidaklah banyak mana. Mungkin kurang rezeki anak saya kerana dier kerap berpindah randah atau mungkin kerana dier berasa bosan  untuk menunggu terlalu lama. Bagi saya memancing ini boleh membentuk jiwa yang sabar dan tenang. Itulah antara tujuan saya membawa dier kesini.

hasil tangkapan udang
hasil tangkapan udang

Hasil tangkapan udang hanyalah 8 ekor sahaja untuk 2 jam dan saiz udang ada yang kecil dan ada yang besar bergantung pada nasib. Kebanyakan pengunjung yang datang untuk memancing adalah sekitar pukul 6 petang. Lepas solat asar sesuai lah untuk melakukan aktiviti ini.

Pekerja mereka adalah seorang apek cina yang sudah berumur dan peramah orangnya. Beliaulah yang mengajar dan membantu kami jika kami memerlukan pertolongan.

Kolam udang tidaklah luas mana bagi saya hanya berkeluasan 10×40 kaki sahaja dan airnya yang gelap sukar bagi kaki pancing untuk melihat kedudukan udang yang berada di dalam kolam tersebut.

Hasil tangkapan yang berjaya dipancing   hanya 8 ekor sahaja dan berat sekitar 300gram. Memadailah, yang penting anak  saya terhibur dengan hasil tangkapan beliau.

Jika ada masa saya akan ke sini lagi kerana banyak pusat memancing udang di sekitar pulau pinang ini yang telah gulung tikar kerana salah satunya adalah dari segi penjagaan udang yang remeh dan kos untuk memelihara udang ini juga agak mahal.

Bagi pengemar kaki pancing eloklah kesini sekiranya anda rindu untuk memancing. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. Terima kasih kerana sudi membaca.

About slumber 72 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*