Sakit Perut Dan Bermalam Di KPJ Penang

Menahan sakit perut
Menahan sakit perut

Minggu lepas saya terpaksa mengambil  cuti selama 3 hari bekerja disebabkan anak sulung saya yang selalu on off sakit perut. Pada mulanya saya ingatkan keracunan makanan atau kembung perut sebab isteri saya pun mengalami sakit perut yang sama. Nak di jadikan cerita isteri saya ni pergilah berjumpa dengan doktor Munirah di seberang perai dekat politeknik seberang jaya pada sebelah petang dan setelah diperiksa sakitnya adalah berkaitan dengan gistrik. Manakala anak saya pula pergi pada sebelah malam sebab beliau tiba-tiba sakit tapi kali ini di klinik panel Joe Fernandez di seberang jaya Penang. Doktor hanya memberi andaian bahawa anak saya ini kemungkinan sakit kembung perut atau usus terbelit. Ianya kerana terdapat angin di dalam perut yang tidak dapat dikeluarkan olehnya sendiri menyebabkan anak saya ini selalu on off sakit dan sakit ini belarutan sehingga hari ketiga.

Hari Keempat pula saya mengurut perutnya hampir  sejam sehingga dier terlena tidur.Tetapi apabila dier terjaga sahaja terus dier meminta saya mengurutnya lagi kerana kesakitannya masih belum reda. Nak tak nak saya ke KPJ Penang.. takutlah penyakit yang lebih serius seperti appendiks. Sampai sahaja di wad kecemasan saya terus mengambil  nombor dan menunggu dipanggil hampir setengah jam kerana terlalu ramai pesakit pada hari tersebut (Ahad). Setelah diperiksa doktor pun mengatakan hal yang sama kemungkinan angin didalam badan. Jadi doktor hanya memmberikan ubat angin dan meminta saya untuk berhenti memberi makan ubat dari klinik Dr Fernandez. Ingatkan selepas makan ubat dari klinik pakar dengan harapan anak saya semakin ok. Tetapi fikiran saya meleset. Ibunya menelefon dan mengatakan Aqil berguling-guling menahan kesakitan. Jadi saya terpaksa mengambil cuti separuh hari bekerja.

Saya ke klinik panel Joe Fernandez untuk diperiksa bagi kali kedua pada sebelah malam ketika anak saya merintih kesakitan dan Dr berikan saya surat rujukan ( Referral letter) supaya anak saya di periksa dengan lebih mendalam di hospital pakar.

Kaunter pertanyaan KPJ Penang
Kaunter pertanyaan KPJ Penang
Waktu Melawat di KPJ penang
Waktu Melawat di KPJ penang

Keesokannya pula saya terus ke KPJ Penang dan segala baju dan barang-barang keperluan aqil saya bawa bersama. Saya bertanya di kaunter pertanyaan doktor kanak-kanak mana yang free untuk melihat dan merawat anak saya dengan segera. Alhamdulilah mereka kata Dr Rustam yang free dan minta saya menunggu di bilik beliau. Saya di sapa dengan nurse yang bertugas dan meminta saya menunggu seketika kerana Dr Rustam sedang menghantar ibunya ke tempat rawatan.

Apabila berjumpa dengan Dr Rustam dan melihat referral letter, beliau mencadangkan anak saya melakukan ujian X-Ray dan ultrasound. Tujuan X ray adalah untuk melihat keadaan usus perut manakala ultrasound adalah untuk melihat sekiranya terdapat luka didalam bahagian usus yang mengakibatkan appendiks.

Antara menu makanan pesakit
Antara menu makanan pesakit

 

Ubat Fiber untuk sakit perut
Ubat Fiber untuk sakit perut

 

3 Jenis ubat anak kena makan
3 Jenis ubat anak kena makan

Alhamdulilah setelah diperiksa anak saya tidak dijangkiti appendix dan Dr Rustam menahan anak saya untuk diperiksa dengan lebih lanjut pada hari yang sama juga anak saya dimasukan ke dalam bilik ward.

Mengikut pelan insuran, anak saya sepatutnya di letakan didalam bilik untuk 2 bedded. Disebabkan bilik yang penuh untuk 2 bedded anak saya di letakkan di dalam bilik untuk 4 bedded. Kesokan harinyanya barulah anak saya di letakan di dalam bilik 2 bedded.

 

Anak da siap mengemas tunggu waktu nak discharge.
Anak da siap mengemas tunggu waktu nak discharge.

 

Dr Ahmad Rustam KPJ Penang
Dr Ahmad Rustam KPJ Penang

Selama 3 hari 2 malam anak saya dan saya bermalam di KPJ Penang. Kesakitannya berpunca dari dalam perut kerana najis yang keras dan banyak didalam perut mengakibatkan angin dalam perut tersumbat. Layanan yang diterima amat baik dan sesuai dengan rawatan di hospital swasta. Terima kasih kepada Dr Rustam dan nurse yang terlibat dalam memberi nasihat dan rawatan semasa merawat anak saya.

 

 

About slumber 86 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*