Resepi Kuih Buah Melaka

Kuih buah melaka atau onde onde
Kuih buah melaka atau onde onde

Kuih buah melaka ini adalah antara kuih tradisional melayu dan Indonesia serta sudah dibuat sejak turun-temurun lagi. kebiasaannya kuih ini pasti ada pada majlis makan dan minum pada sebelah pagi dan petang. Dengan peredaran zaman sekarang ada sahaja keunikan yang dilakukan oleh pengemar kuih ini. Ada yang membuat dalam pelbagai jenis warna yang pada asasnya kuih ini adalah berwarna hijau. Jika sukatan dan cara membuatnya betul akan menambah lagi keenakan dan kelazatan kuih ini.

Untuk menyediakan kuih buah melaka ini sangat mudah dan ringkas. Kos untuk membuat pula tidak sampai 10 ringgit dan masa untuk membuatnya pula hanya 10minit sahaja. Bagi pengemar kuih-muih saya rasakan kuih ini adalah antara kuih yang mudah dibuat. Kebiasaannya kuih sebegini dijual dalam bentuk paket iaitu 4 ketul kuih berharga 50sen. Di Bandar-bandar besar seperti kuala Lumpur harganya pula kadang kala boleh mencecah 1 ringgit untuk 5 ketul sahaja.Mahal Bukan? Bermodalkan wang 10 ringgit sahaja anda mampu menghasilkan lebih 100 ketul kuih. Malah bagi saya, jika anda seorang suri rumah untuk menjalankan bisnes kuih sebegini secara sambilan adalah amat berbaloi malah ianya adalah salah satu cara bagi menampung kos sara hidup yang tinggi sekarang.

Mari kita lihat bagaimana cara penyediaan kuih ini agar anda mendapat idea untuk membuat kuih ini. Saya sertakan sekali resepi dan sedikit sedutan video untuk anda lihat.

Bahan-Bahan Untuk MembuatĀ Kuih Buah Melaka

  1. Kelapa parut
  2. Tepung pulut
  3. Garam secukup rasa
  4. Gula melaka
  5. Pes Pandan

Cara Membuat Kuih

  1. Didihkan air
  2. Adunkan tepung pulut dan pandan pes dan air sedikit demi sedikit sehingga tepung mudah dibentukkan
  3. Gentel tepung bersama gula melaka sehingga membulat
  4. Masukkan tepung yang membulat kedalam air mendidih
  5. Tunggu sehingga tepung bulat tersebut terapung diatas air.
  6. Angkat kuih buah melaka dan toskan kemudian gaulkan kuih buah melaka dengan kelapa parut
  7. Siap dan sedia dihidangkan.

Lihat video bagaimana untuk mengaul tepung dan membuat tepung menjadi bulat.

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*