Pusat Servis Motorsikal Modenas Di Gurun

Modenas service center
Modenas service center

Selepas penat mengemas Juju Homestay adalah kawan saya firdaus yang biasa saya memanggilnya dengan nama samaran Dino menelefon saya dan mengajak menemaninya ke pusat servis motorsikal Modenas di Gurun. Memandangkan saya pun bercuti pada masa tersebut dan tidak tahu untuk  kemana saya pun bersetuju mengikutnya.

Modenas Elegan
Modenas Elegan

Tapi sebelum ke Gurun  dari Permatang Pauh kenalah ambik anak  saya yang berusia 5 tahun di Tadika. Memang seronok dier naik motor Elegant ni besar dan laju katanya.  Sebelum bertolak saya ajak kawan saya menjamu selera di Kedai Kak Pah. Memang saya selalu makan disitu kerana masakan nasi campur dan ala-ala kampung menarik minat saya berkunjung ke situ.

ayam masak merah kedai kak pah
ayam masak merah kedai kak pah

Selepas saja menjamu selera kami terus ke destinasi. Semasa ke sana tiba-tiba Dino terpaksa membawa secara perlahan- lahan kerana terdapat angin lintang yang amat kuat. Saya pun terasa dengan pukulan angin lintang tersebut. Nasib baiklah moto Elegan ini besar dan berat kalau naik moto yang ringan seperti EX5 mahu melayang rasa dengan kelajuan 100Km/H.

Masuk sahaja exit Gurun dalam 6 km sahaja dari tol Gurun sampailah kami ke destinasi. Saya amat kagum melihat pusat servis motorsikal Modenas di Gurun. Bukan sahaja mereka melakukan pemeriksaan motor malah terdapat kilang pemasangan motorsikal Modenas di kawasan ini jugak. Rata-rata mereka yang berkerja disini memakai motorsikal Modenas. Pada hemat saya mungkin pekerja mereka mendapat harga yang murah sekiranya membeli motorsikal Modenas.

Waktu sampai kesana tepat jam 1.30 tengahari dan pelangan yang saya lihat tidaklah ramai. Dino hanya mahu menukar minyak hitam dan menukar lampu bulp hadapan motornya yang terbakar. Bagi saya lampu yang terbakar itu sepatutnya mendapat waranti kerana jarak perjalanan tidak sampai lagi 1000KM. Tetapi pihak Modenas memberitahu lampu tersebut tidak ada dalam senarai waranti. Pelik dan muskil bagi saya jika motor saya sudah lama saya tidak berpuas hati.

Pusat servis Modenas
Pusat servis Modenas

Saya menunggu dari 1.30 tengahari sehingga jam 5 petang barulah siap motornya. Terasa penat menunggu tetapi terpaksalah bersabar mungkin Modenas kekurangan tenaga pekerja atau susah untuk menanggalkan cover seat hadapan skuter untuk mengantikan lampu baru.

Kos yang dikenakan adalah sebanyak RM69.90. Bagi saya harga tersebut masih munasabah cuma kerja sahaja yang perlu dipertingkatkan agar lebih cepat dan memuaskan hati pelanggan.

About slumber 72 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*