Pengalaman Menggunakan Pelan Internet Webe Mobile

Simcard webe mobile

Dua bulan lepas saya mendapat panggilan dari Staff TM. Beliau mengatakan saya layak untuk mendaftar sebagai pengguna webe mobile dengan bayaran sebanyak RM79 berserta pelbagai kelebihan yang saya akan terangkan nanti.

Hampir setengah jam beliau menerangkan kelebihan webe ini dan saya tertarik untuk mencuba. Segala persetujuan untuk menggunakan talian webe ini adalah melalui atas talian sahaja dan simcard dihantar melalui pos. Saya hanya perlu bersetuju sahaja dan penghantaran simcard memerlukan masa 2 hari bekerja.

Pelan webe mobile
Pelan webe mobile

Sejak menggunakan sim card Webe ni selama 2 bulan, banyak kelebihan yang saya dapat. Diantara kelebihan webe ini adalah:

  1. Tiada perjanjian kontrak diantara pengguna webe dan syarikat TM. Jadi pengguna boleh membatalkan Pelan bila-bila masa sahaja.
  2. Webe mobile juga menawarkan internet tanpa had, panggilan dan SMS secara percuma dengan bayaran sebanyak RM79 tidak termasuk GST.
  3. Bagi Pelanggan sedia ada Unifi dan Streamyx telah menerima kejutan iaitu bagi pengguna sedia ada Unifi mereka dapat menikmati naik taraf had laju Unifi secara percuma.
  4.  Sementara pengguna Streamyx pula, kebanyakannya akan menerima kejutan dengan penawaran internet Webe dengan harga RM 79 dan pemotongan RM 10 bil semasa Streamyx.
  5. Oleh kerana Webe merupakan anak syarikat TM yang mendominasi telekomunikasi di Malaysia jadi tiada masalah tentang tidak ada linesignal, panggilan terputus, data tidak cukup dan Segalanya normal.
  6. Selain itu Webe menawarkan perkhidamatan hospot, iaitu pengguna dapat berkongsi talian hotspot sebanyak 10GB (WIFI).
Penghantaran Webe mobile melalui pos
Penghantaran Webe mobile melalui pos

 

Tetapi ada juga keburukan Webe Mobile ini. Diantara keburukannya ialah:

  1. Device yang tidak support 4g LTE tidak dapat menggunakan hotspot 10GB.
  2. Hanya smartphone yang menyokong Band 5 sahaja yang boleh mengunakan  line webe. sekiranya smartphone anda tidak menyokong band 5 maka anda tidak dapat talian LTE yang lebih pantas dan cekap.
  3. Bagi pengguna pelan internet Webe mempunyai limitasi dalam pengunaan Wifi hotspot/tethering. Jika ingin juga menggunakan hotspot, pengguna Webe internet perlu membeli dan membayar ‘Personal WiFi pass’ bernilai RM6 sahaja dan tempoh penggunaan adalah sebanyak 2 jam sahaja  dan hotspot ini terhad untuk 5 pengguna smartphone sahaja.
About slumber 72 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*