Pengalaman berjalan di Ikea Tebrau

Seronok dapat baring dekat tilam ikea
Seronok dapat baring dekat tilam ikea

Setiap hujung tahun kebiasaannya memang tempat keje akan shutdown selama 5 hari. So saya applylah cuti 2 hari dan dapatlah cuti selama 10 hari termasuk dengan public holiday. Memang awalnya nak bercuti lama, tapi memandangkan peniagaan homestay sangat rancak pada bulan 12 ni terpaksa saya pulang ke Johor lambat sedikit dan bercuti selama 5 hari sahaja disana. Plan asal bercuti ni nak berjumpa keluarga di johor dan melawat tempat baru dibuka iaitu Ikea tebrau dan paradigm mall. Cuma saya hanya  bekesempatan melawat mall ikea tebrau sahaja kerana jalan terlalu sesak untuk masuk ke paradigm mall. Biasalah tempat masih baru ramailah orang berpusu-pusu nak pergi.

Bila sebut sahaja ikea, pasti terbayang barangan perabot dengan susun atur yang cantik dan menarik. Ya! memang menarik di sana. Mak dan anak memang seronok di sana apatah lagi saya. Yelah walau pun mak sudah berumur dengan usia 65 tahun bila melihat barangan perabot disana tiada pula rasa lemah lutut untuk berjalan.

Antara yang menarik di sana ialah:

  1. Terdapat SMALAND di Ikea Tebrau
Melompat tak sabar masuk ikea smaland
Melompat tak sabar masuk ikea tebrau smaland
Suasana dan tempat Ikea smaland
Suasana dan tempat Ikea smaland
Kena cop katanya sebelum masuk ikea Smaland
Kena cop katanya sebelum masuk ikea Smaland

Smaland ini adalah tempat penjagaan kanak-kanak yang terdapat di IKEA. kanak-kanak yang berketingian 100-130cm sahaja dibenarkan masuk dan ianya adalah percuma selama sejam. Penjaga hendaklah mengambil tiket number yamh disediakan di pintu hadapan smaland. saya cadangkan anda mengambil tiket terlebih dahulu sebelum berjalan-jalan melihat barangan di dalam ikea sekiranya ramai pengunjung disana. Ini kerana kemasukan adalah terhad untuk 19 orang kanak-kanak sahaja dalam masa satu jam. selepas sahaja anak masuk di dalam smaland saya terus menjamu selera di kantin IKEA. Makanan yang menarik tentunya adalah meatball ayam dan daging.

Menajamu selera di kantin Ikea
Menjamu selera di kantin Ikea Tebrau

 

2. Barangan Ikea

kebanyakan barang yang dijual di Ikea adalah berpatutan dan mampu beli. Terdapat pelbagai reka bentuk perabot yang menarik diantaranya almari baju, cermin , hiasan almari dan bermacam-macam lagi. Dengan ilustrasi reka bentuk yang dipaparkan secara fizikal memberikan inspirasi kepada pengunjung untuk mendekorasi rumah masing-masing mengikut bajet anda. Saya berminat dengan almari hiasan tetapi terlalu besar dan tidak muat untuk menampungan ruangan kereta sedan melainkan saya membawa MPV atau Hilux.

 

3. Parking dan Pengkhidmatan penghantaran barang.

Buat masa ini, ikea memberikan parking lot kereta secara percuma kepada pengunjung dan memberikan pengkidmatan penghantaran barang di sekitar johor bahru sahaja.

Saya menghabiskan masa selama 6jam berada di Ikea dan berasa seronok untuk berkunjung ke sini lagi di masa akan datang.

 

 

 

About slumber 77 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*