Kolam Renang Di Setia Spice Aquatic Center PISA

kolam renang kanak-kanak
kolam renang kanak-kanak

Baru-baru ini saya ada membawa anak saya yang berusia 4 tahun untuk bermandi manda di Setia Spice Aquatic Center PISA. Suasana pada hari biasa agak lengang sedikit berbanding hari minggu. kolam renang untuk kanak-kanak  agak menarik serta tiket kemasukannya yang amat murah dan berpatutan kerana kolam renang disini memberikan harga promosi untuk kanak hanyalah  RM5 dan dewasa RM3 (jika tidak mandi dan hanya melihat anak-anak mandi sahaja).

Harga tiket kolam renang
Harga tiket kolam renang
Pintu masuk Setia Spice Aquatic Center
Pintu masuk Setia Spice Aquatic Center
Aqil tak sabar nak mandi kolam
Aqil tak sabar nak mandi kolam

Masuk sahaja di pekerangan kolam kanak-kanak, anak tidak sabar-sabar lagi untuk terjun. Sayangnya dier hanya bermain sorang-sorang sahaja kerana saya tidak membawa kawannya atau sedara terdekat. Jadi hanya sejam sahaja dier berseronok mungkin boring kerana bermain air sorang-sorang.

kolam renang dewasa
kolam renang dewasa

Parking kereta amat luas dan anda tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan petak kosong. Didalamnya terdapat kedai menjual baju renang dan gerai minuman serta makanan untuk para pengunjung.

Kawasan kolam  pula di awasi ketat oleh life guard supaya tidak berlaku kejadian yang tidak dingini seperti lemas atau tercedera.

Bagi mereka yang ingin kesini sempena cuti sekolah amat digalakkan supaya masa cuti anak-anak  di luangkan dengan perkara-perkara yang berfaedah.

About slumber 77 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*