kanta lekap : Penggunaan kanta lekap dan fungsinya

Fungsi Kanta Lekap

Penggunaan kanta lekap di Malaysia sudah menjadi satu trend atau budaya di zaman sekarang. Kerana kanta lekap sudah digemari oleh artis dan generasi muda terutamanya wanita sebagai satu aksesori tambahan mencantikan wajah.Namum tahukah anda fungsi dan penggunaan kanta lekap.

Cara Penggunaan Kanta Lekap dan Fungsinya.

Pelbagai jenis warna kanta lekap
Pelbagai jenis warna kanta lekap

Penggunaan Kanta lekap adalah seperti cermin mata, kerana ia membantu melihat penglihatan.Bezanya  kanta lekap dengan cermin mata ialah cermin mata berbingkai dan pemakaianya boleh dilihat manakala kanta lekap pula diperbuat daripada plastik,lebih kecil,nipis,ringan dan melekap pada mata.Kini terdapat pelbagai jenis kanta lekap dipasaran mengikut pelbagai jenis warna.

Rata-rata anak muda sekarang mengabaikan aspek keselamatan dalam pengunaan kanta lekap, mereka lebih menyukai harga yang murah dan cantik  tanpa memikirkan soal risiko. Ada diantaranya membeli secara online dan di pasaraya.

Risiko penggunaan kanta lekap amat tinggi. Antara masalah yang boleh dihadapi ialah jangkitan ,alahan dan lebih teruk lagi menjadi buta. Sebaiknya pengguna kanta lekap hedaklah membuat pemeriksaan mata terlebih dahulu dengan doktor pakar mata yang bertauliah.

Contoh kanta lekap yang berada dipasaran

Acuvue antara jenama yang terdapat dipasaran
Acuvue antara jenama yang terdapat dipasaran

Untuk pengetahuan anda dalam penggunaan kanta lekap, terdapat dua jenis kanta lekap yang berada di pasaran iaitu kanta lekap keras dan lembut. Kebanyakan kanta lekap yang berada di pasaran adalah dari jenis lembut manakala kanta lekap keras turut dijual yang diperbuat daripada plastik keras dan lebih tahan lasak.Kanta lekap jenis kasar ini membenarkan oksigen melalui kanta dan tempoh hayatnya lebih lama, kebiasaanya sebulan sahaja.Cuma kanta ini tidak sesuai dipakai untuk aktiviti fizikal yang lasak.

Bagi kanta lekap lembut pula kebanyakannya jenis pakai buang,sama ada harian,mingguan atau bulanan. Kanta lekap jenis ini lebih selesa, boleh dipakai ketika menggunakan aktiviti lasak dalam tempoh yang lama dan boleh mengubah warna mata.

Nasihat dari pakar mengenai kanta lekap.

Kanta lekap
Kanta lekap

Pengunaan kanta lekap lebih selamat digunakan sekiranya penguna mendapat nasihat doktor mata serta mengamalkan rutin penjagaan yang baik. Bagi mereka yang tidak mempunyai masalah dengan mata tidak menjadi masalah menggunakan kanta lekap. Usia bukannya penghalang untuk memakai kanta lekap dizaman serba moden ini.

Bagi individu yang mempunyai masalah seperti mata jenis kering, wanita mengandung atau mereka yang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit yang serius,individu tersebut tidak sesuai memakai kanta lekap. Individu ini mempunyai mata yang sensitif dan mudah berlaku penyakit mata sekiranya menggunakannya.

 

Anda boleh mendapatkan kanta lekap dengan harga diskaun dengan klik link dibawah:

>>>>>>>>>>>>>>>>CLICK DISINI <<<<<<<<<<<<<<<<<<

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

1 Trackback / Pingback

  1. Tips Memilih Kaca Mata Mengikut Bentuk Wajah - Biskut Marie

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*