Evergreen Laurel Hotel Penang

Hidangan Buffet di Evergreen Laurel Hotel Penang
Hidangan Buffet di Evergreen Laurel Hotel Penang

Baru- baru company tempat kerja ada buat makan-makan. Boss pun survey 3 tempat yang pekerja nak pergi.  3 hotel yang boss minta kami vote ialah Eastern And Oriental Hotel, G hotel dan Evergreen Laurel Hotel. Disebabkan Eastern And Oriental Hotel kami da banyak kali pergi so undian kali ini untuk hidangan buffet tengahari kami memilih Evergreen Laurel Hotel.

Evergreen Laurel Hotel ini terletak di kawasan Gurney drive. Ini alamatnya  53, Gurney Dr, 10250 George Town, Penang. Dari bayan lepas nak kesana ambil masa dalam setengah jam jugak nak sampai.kenderaan seperti bas company tak sediakan. yelah da dapat makan free, transport pun x freelah..so kami naik kereta je ke sana.

Disebabkan company yang belanja so kami tak tahulah harga special untuk hidangan buffet kami. Yang pasti harga untuk makanan tengahari korang boleh refer kat bawah ni:

Top of the line buffet Evergreen Laurel Hotel 

  1. Family Hi Tea saturday,sunday and public holiday.( 12 tengahari hingga 3 petang)

RM75 Adult

RM 50 Child/ Senior

2. Oriental Bbq Bazaar Buffet Dinner (Setiap sabtu 6.30 petang hingga 10 malam)

RM100Adult

RM 65 Child/ Senior

3. From land to the Ocean Buffer Dinner ( Setiap jumaat 6.30 petang hingga 10 malam)

RM75 Adult

RM 50 Child/ Senior

4. Weekday Buffer Dinner ( Isnin hingga khamis)

RM65 minimun kena ada 25 orang booking untuk dapat harga ini.

Sampai sana awal setengah jam so kena lepak dulu cari port makan yang senang nak pergi ambil makanan. Tepat pukul 12 tengahari sahaja mulalah ramai-ramai geng pekerja kami beratur ambil makanan.. yelah ramai yang da lapar.. bagi saya ambil makanan yang orang tak makan dulu macam buah atau kek. Nak beratur tunggu ambil daging dan lauk pauk orang tengah ramai.  So korang tengoklah apa yang aku ambik ni. Kalo terliur korang boleh je call dan tempah ye.

Kek yang siap di potong Evergreen Laurel Hotel Penang
Kek yang siap di potong Evergreen Laurel Hotel Penang

 

Kerang tue sedap
Masakan Kerang tue sedap

 

Masakan kambing dan daging pun sedap
Masakan kambing dan daging pun sedap

 

Lepas da kenyang makan kami layan kopi pulak. adalah dalam 3 cawan saya minum. kopi kena buat sendiri just tekan-tekan je machine tue.. pilih je yang mana rasa terliur nak minum, espresso, latte, semua ada dalam paparan mesin tersebut.

Oklah semoga entri ini bermanfaat untuk anda.

Evergreen Laurel Hotel Penang Address: 53 Persiaran Gurney, 10250 Pulau Pinang, Malaysia Phone:+60 4-226 9988

 

 

 

 

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*