Contoh Perjanjian Sewa Rumah

Bagi mereka yang mempunyai rumah lebih dan mahu menyewakan rumah tersebut adalah lebih baik mempunyai surat hitam putih iaitu surat perjanjian sewa rumah diantara penyewa dan tuan rumah. Ini kerana banyak kes yang berlaku melibatkan penyewa dan juga tuan rumah seperti penyewa lari meninggalkan kediaman, merosakan barangan rumah dan ada jua yang meninggalkan tungakkan bil air atau elektrik yang mencecah ratusan ringgit malah ada kes sehingga ribuan ringgit. Manakala ada juga kesalahan yang dilakukan oleh tuan rumah seperti tidak memulangkan wang deposit atau wang perdahuluan kepada penyewa oleh kerana sikap tamak tuan rumah itu sendiri yang menggunakan duit pendahuluan atau wang deposit seperti duit mereka sendiri.

perjanjian sewa rumah
perjanjian sewa rumah

Oleh sebab itu surat perjanjian sewa  rumah ini penting bagi kedua-dua belah pihak yang ditandatangani oleh mereka berdua serta di cop atau di stamping oleh lembaga hasil dalam negeri (LHDN) sebagai rumah sewa. Ini penting sebagai rujukan kepada peguam sekiranya berlaku ketidakadilan dan memaksa mereka mengguna khidmat nasihat guaman jika berlaku perkara yang tidak dingini dalam kes rumah sewa.

Terdapat beberapa kandungan dalam perjanjian rumah sewa diantaranya ialah;

  1. Maklumat pemilik dan penyewa rumah (lebih baik disertakan sekali salinan ic penyewa rumah)
  2. Tarikh bayaran sewa yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
  3. Jumlah sewa bulanan dan deposit rumah.
  4. Alamat rumah yang disewakan (Di galakan penyewa melihat bil air atau elektrik adalah padan dengan nama tuan rumah)
  5. Barangan yang di sertakan dalam rumah (inventori).

Adalah menjadi keutamaan penyewa rumah meneliti surat perjanjian sewa rumah sebelum menandatangani surat perjanjian. Ikatan kontrak perjanjian sewa rumah juga perlu sama ada untuk setahun atau lebih dan syarat-syarat yang ditandatangi dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Bagi pemilik rumah, perjanjian sewa rumah ini adalah satu sumber pendapatan dan dapat digunakan untuk membuat pinjaman loan rumah yang lain atau untuk pinjaman loan membeli kereta dan sebagainya. Jika tiada surat perjanjian sewa rumah  pihak bank akan menganggap rumah yang diberikan sewa dibawah tanggungan pemilik tuan rumah dan bukanlah side income.

Iklan: Contoh rumah sewa harian/homestay RM140 Semalam di Permatang pauh Pulau Pinang. Resit rumah pun disediakan sekali boleh klik Disini untuk details.

Anda boleh download dokumen Perjanjian Sewa Rumah DI SINI

Diharap posting ini dapat membantu anda.

 

 

 

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*