Cara Menulis Resume Dengan Ringkas dan Padat

Resume
Resume

Apa Itu Resume

Resume adalah butir peribadi ringkas yang dihantar oleh pemohon kepada sebuah syarikat untuk memohon pekerjaan. Tujuan resume dihantar adalah untuk kemudahan pihak syarikat membuat semakan terhadap seseorang calon sebelum diputuskan sama ada calon tersebut layak atau tidak untuk ditemuduga.

Resume yang ringkas biasanya dihasilkan dalam satu muka surat. Bagaimanapun , ada juga yang menulisnya sepanjang empat muka surat. Namun begitu sebaiknya tulislah resume anda dengan jelas dan ringkas tetapi padat.

Apa yang pasti penghasilan resume tidak perlu dipandang remeh. Ini kerana resume yang baik mampu memikat hati majikan.Justeru, pastikan resume yang anda hasilkan adalah resume yang lengkap dan terbaik sebelum dihantar ke sesebuah syarikat.

Bagaimana Cara Menulis Resume Dengan Ringkas dan Padat

Apa perlu ada dalam Resume

Gambar

Sebaiknya kirimlah gambar terkini yang menunjukan mimik muka yang ceria dan tersenyum.. Sebolehnya, elakkan daripada menghantar gambar yang tidak sepatutnya seperti wajah masam,tidak bermaya, atau tidak bersemangat.Gambar yang menarik, sememangnya mampu menarik perhatian majikan. Justeru, pastikan anda menghantar gambar yang menarik dan cantik dalam resume anda.

Maklumat Peribadi Pemohon

Terdiri daripada nama penuh, alamat, umur,tarikh lahir, nombor kad pengenalan, agama,bangsa, status perkahwinan,nombor telefon dan taraf kewarganegaraan. Pastikan ia ditulis dengan ringkas kerana resume bukanlah riwayat hidup anda yang perlu ditulis berjela-jela.

Latar Belakang Pendidikan

Ianya penting dan turut diambil kira oleh pihak syarikat. Biasanya, calon yang mempunyai pencapaian akademik yang baik mampu menarik minat pihak syarikat untuk mengambil bekerja. Ini kerana keputusan akademik yang baik memberi gambaran calon mempunyai kemampuan dan kelayakan yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Meskipun begitu, pendidikan disekolah menengah dan rendah tidak begitu penting dan memadai ditulis dalam dua perengan.

Pengalaman Bekerja

Senaraikan pekerjaan yang anda pernah lakukan. Ini bagi menunjukan bahawa anda mempunyai pengalaman  dalam bidang pekerjaan. Apapun jangan takut untuk menulis pengalaman kerja anda meskipun pekerjaan yang anda lakukan itu hanyalah kerja biasa.

Jumlah Pendapatan Atau Gaji Yang Dipohon

Anda boleh menulis jumlah gaji yang anda ingin berdasarkan kelayan anda.Namun begitu sebaiknya elakan daripada menulis angka pendapatan yang anda ingini sekiranya gaji untuk jawatan yang anda pohon itu telah dinyatakan dalam iklan yang disiarkan. Ini penting bagi mengelakan anda tidak peka dan akibatnya anda terlepas perluang untuk mendapat pekerjaan tersebut.

Kemahiran Atau Kebolehan Yang Dimiliki

Termasuk kemahiran Bahasa dan komputer. Sekiranya anda mempunyai kemahiran bertutur dalam bahasa lain. Itu adalah satu bonus untuk anda. Malahan bukan itu sahaja, anda boleh memasukan maklumat mengenai seminar atau sebarang kursus yang pernah anda sertai.

Aktiviti atau Persatuan Yang Pernah Disertai

Tulislah maklumat tentang keahlian atau persatuan yang pernah anda sertai. Ini perlu bagai menawan hati penemuduga disamping menunjukan bahawa anda seorang yang aktif dan aktif bersosial.

Rujukan

Amat perlu bagi memudahkan pihak syarikat membuat penyelidikan terhadap anda. Rujukan biasanya terdiri daripada dekan fakulti, pensyarah, pengurus sumber manusia atau majikan anda sewaktu anda menjalani latihan pratikal atau amali.  Semasa menyediakan resume , sebaiknya pastikan dua penama yang dijadikan sebagai rujukan diberitahu terlebih dahulu bagi memudahkan mereka untuk memberi kerjasama sekiranya dihubungi oleh pihak syarikat tempat anda memohon pekerjaan

Jika anda memerlukan contoh resume boleh isi ruangan komen dibawah berserta email anda.

About slumber 93 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*