Cara Memulakan Bisnes Homestay

Homestay
Homestay

Assalamualaikum, Bagi mereka yang mempunyai minat dalam menceburi bisnes homestay kemungkinan artikel ini dapat membantu anda serba sedikit.

Baiklah faktor utama dalam memulakan bisnes ini adalah:

  1. Anda haruslah mempunyai RUMAH. Jika tiada rumah bagaimana hendak memulakan bisnes homestaykan.
  2. Rumah yang anda ingin mulakan bisnes homestay ini adalah berada di kawasan yang  STRATERGIK. Maksud saya stratergik ini adalah
  • Rumah yang dekat kawasan yang padat penduduk maka setiap tahun atau cuti sekolah akan ada majlis perkahwinan sememangnya rumah homestay ini adalah penarik bagi keluarga besar untuk bermalam di rumah anda kerana kos yang murah berbanding hotel.
  • Rumah yang menjadi tumpuan peniagaan contohnya supermarket-supermarket besar, Kerana kebanyakkannya jika ada pertunjukan di kawasan supermarket besar ni akan ada orang luar yang akan datang seperti pameran rumah contoh, kereta dan sebagainya.
  • Rumah yang berdekatan dengan institusi pendidikan seperti universiti, politeknik , sekolah berasrama penuh dan sebagainya. Ini kerana setiap bulan atau tahun akan ada ibu bapa yang akan datang melawat anak-anak mereka  atau pun mereka menghadiri pendaftaran pelajar baru atau menghadiri majlis konvokesyen.
  • Rumah yang menjadi tumpuan pelancong, contohnya rumah saya ini adalah berada di Pulau Pinang dan semestinya kebanyakan mereka datang untuk melawat tempat-tempat menarik di pulau pinang seperti bukit bendera, batu feringgi, padang kota, rumah p ramlee dan lain-lain lagi.
empat menarik di Penang muzium art.
Tempat menarik di Penang muzium art.
  • Rumah P Ramlee antara rumah tarikan pelancong
    Rumah P Ramlee antara rumah tarikan pelancong

 

3. Anda haruslah cekap memanfaat bidang teknologi dalam mempelajari applikasi digital seperti instagram, facebook, mudah.my , airbnb dan youtube. Katalog dan iklan di papan-papan tanda stesen minyak kebanyakan kurang membantu kerana generasi sekarang sudah terbiasa dengan aplikasi digital ini. Contoh dibawah saya mempromosi homestay saya melalui youtube.

4. Anda haruslah cekap mengemas atau menyusun atur kelengkapan rumah biar nampak menarik di mata pelangan. Pastikan gambar yang diambil menarik minat pelangan sebelum anda memuat naik di dalam media sosial.

Biarpun nampak sederhana gambar ini juga mampu menarik pelangan homestay
Biarpun nampak sederhana gambar ini juga mampu menarik pelanggan homestay

5. Anda haruslah menyediakan kelengkapan rumah yang lengkap seperti barang-barang untuk memasak seperti kuali, tong gas dan sebagainya. Selain itu rumah anda seharusnya mempunyai mesin basuh, peti ais, televisyen yang menjadi medium asas sebuah kelengkapan rumah. Pemasangan aircond, wifi , air purifier, coway dan water heater adalah salah satu penarik untuk mereka mendiami homestay anda.

Pemasangan aircond antara penarik besar kediaman sebuah homestay
Pemasangan aircond antara penarik besar kediaman sebuah homestay

6. Anda haruslah membalas mesej pelangan dengan cepat dan menetapkan harga yang sesuai dengan rumah anda bergantung juga pada harga pasaran terkini yang berdekatan dengan homestay anda. Sebaiknya anda bertanya dahulu tujuan apa mereka menginap dan berapa ramai yang akan menginap. Sekiranya mereka akan mengadakan majlis dirumah anda bayaran yang akan dikenakan adalah lebih mahal sedikit.

 

Bagi anda yang baru hendak memulakan homestay anda boleh mencuba aplikasi Airbnb ini. Daftar disini dan saya akan membantu anda sekiranya anda ada masalah dalam menggunakan aplikasi Airbnb ini.

Klik Disini untuk daftar Airbnb.

Click airbnb
Click airbnb

 

Kami juga mempunyai 3 buah homestay di Pulau pinang iaitu:

  1. Aqil homestay rumah teres rm160 anda boleh klik disini untuk info
  2. Juju homestay rumah apartment ground floor rm140 semalaman anda boleh klik disini untuk info.
  3. Mama homestay rumah teres 2 tingkat rm250 semalaman

Anda Boleh menghubungi kami di talian berikut melalui whatsapp atau pangilan berikut untuk booking atau membuat pertanyaan tentang homestay;

  1. 0124497372 -Ajir
  2. 0124385337-Nurul

 

About slumber 93 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*