Cara Membeli Tv Dengan Bijak Dan Tepat

led tv
led tv

Entry kali ini adalah berkaitan dengan cara membeli tv dengan bijak dan tepat. Memandangkan semalam saya bercuti dari berkerja so banyak kedai-kedai elektronik yang saya survey dan terjah sebelum menilai jenama tv apa yang sesuai untuk saya beli kali ini. Memang terdapat pelbagai jenama dan jenis tv dipasaran. Ada yang jenis  LCD,PLASMA dan LED TV. Setiap jenis ada kebaikan dan keburukan dari segi ketebalan, warna,mutu dan saving electric. Tetapi yang paling penting ialah tv tersebut hendaklah sesuai dengan budget anda.

Bagaimana Cara Membeli Tv Dengan Bijak

Cara Membeli Tv Dengan Bijak Dan Tepat
Toshiba Full hd LED TV

Pertama sebelum membeli tv pastikan tempat kawasan alat elektronik yang hendak dibeli itu mempunyai pelbagai jenis kedai elektronik seperti Sen Heng, Court Mammoth, dan sebagainya. Kerana mereka juga ada menjual tv yang sama dengan harga yang berbeza.

Cara Membeli Tv Dengan Bijak Dan Tepat
Dapat diskaun dengan owner kedai ni.

Setelah menilai dan meneliti pelbagai jenis tv, akhirnya saya memilih Tv LED berjenama Toshiba. Tv tersebut mempunyai saiz 40inci dan harganya jauh lebih murah berbanding kedai-kedai lain. Harga asal tv tersebut bernilai RM1499 dan setelah meminta  diskaun harganya menjadi RM1250 termasuk GST. Janganlah malu untuk meminta diskaun kerana memang terdapat diskaun yang akan diberikan oleh tuan kedai. Jurujual tersebut pun mendapat 0.4% hasil dari pembelian saya.

Cara Membeli Tv Dengan Bijak Dan Tepat
Pelbagai jenis tv mengikut bajet anda

Mengapa saya membeli Tv Full HD LED berjenama Toshiba, sudah tentulah kerana negara pembuatannya, Jepun. Selain itu, tv ini mendapat 5 bintang saving energy current dan paparan skrin serta reka bentuknya yang menarik.

Pastikan penghantaran ke rumah adalah percuma supaya tidak ada kos tersembunyi dari pihak kedai.Bukannya saya tidak mahu membawa balik tv tersebut  setelah membuat pembayaran.Ini kerana saya tidak mahu  tv tersebut mengalami kerosakan semasa saya menguji tv di rumah dan akhirnya menyusahkan diri saya sendiri untuk memulangkan semula tv tersebut. Lagipun saya telah membuat lebihan bayaran untuk mereka memasang braket dan ariel di rumah.

Yang lebih menarik adalah tempoh jaminan tv Toshiba ini adalah selama 2 tahun. Jika ada keroskan seperti tv tidak hidup, paparan skrin tv rosak, audio kurang jelas dan sebagainya selama tempoh tersebut anda boleh meminta tv tersebut diperbaiki tanpa mengeluarkan duit poket anda sendiri.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan kini dengan adanya sistem online anda boleh membeli secara online

>>>>>>>>>>>>>>DISINI<<<<<<<<<<<<<<<

 

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*