Cara Hendak Lajukan Ladtop Anda

King max SSD lajukan ladtop
King max SSD lajukan ladtop

Sudah lama rasanya ladtop toshiba saya tidak digunakan dan bersawang  setelah tamat pengajian ijazah secara jarak jauh di USM dua tahun lalu. Setelah saya on sahaja ladtop semalam kelihatan processor hard disk toshiba ini agak bising kerana berada dalam mode proses untuk muncul skrin window 7.

Kedai shabat It di seberang perai
Kedai shabat IT di seberang perai

Setelah saya gunakan terasa agak lembab ladtop saya untuk berfungsi dengan cemerlang. Tanpa berfikir panjang saya terus ke kedai Sahabat IT di seberang Perai berdekatan dengan politeknik Seberang Perai. Di Sahabat IT ini ada pelbagai perkhidmatan yang disediakan diantaranya memperbaiki ladtop, printer dan menjual barangan komputer serta menyediakan tempat untuk melayari internet dan photostat. Pekerjanya saya rasa cukup baik dan melayan pelangan dengan berhemah.

Saya telah disapa oleh salah seorang pekerja tersebut dan saya menyatakan apa  masalah yang berlaku ke atas ladtop saya. Beliau mencadangkan agar saya menukar hard disk toshiba saya kepada solid state drive (SSD) agar ladtop saya boleh berfungsi dengan baik dan lancar. Pada mulanya saya agak khuatir sama ada SSD ini tidak tahan lasak. Setelah diberitahu SSD ini mempunyai waranti selama 3 tahun jadi saya berminat untuk terus membeli dan menyuruh beliau memasang dan memformat ladtop saya secepat mungkin. Pada mulanya saya mengangap proses untuk memformat ladtop ini mengambil masa yang panjang tetapi tenyata telahan saya melesit kerana beliau memberitahu dengan penggunaan SSD ini tidaklah memerlukan masa yang panjang dan cukuplah hanya untuk  3-4jam sahaja bergantung pada keadaan ladtop.

Resit bayaran
Resit bayaran

Terdapat dua harga yang ditawarkan, untuk SSD 240Gb jenama king max adalah RM260 dan SSD 120Gb RM180 sekali format. Saya mengambil SSD 240Gb kerana fail simpanan storagenya yang lebih besar dan harga yang ditawarkan tidak melebihi bajet saya.

Saya ada bertanya mengenai adaptor dan mouse sama ada dijual sekali atau pun tidak, malangnya aksesori yang saya mahukan hanya boleh ditempah dan mengambil masa sehari. Jadi saya bercadang untuk membeli di kedai aksesori di belakang megamall sahaja.

Mouse dan adaptor yang dibeli dikedai berasingan
Mouse dan adaptor yang dibeli dikedai berasingan

Tidak sampai 4 jam kedai sahabat It menelefon saya dan memberitahu ladtop toshiba saya sudah siap di format dan boleh diambil semula. Sahabat IT ini adalah kedai usahawan melayu dan saya pasti anda akan berpuas hati jika menghantar ladtop atau printer yang rosak untuk diperbaiki disini. InsyaALLAH.

 

About slumber 85 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*