Cabaran sebagai pelajar USM secara jarak jauh (PJJ)

Meraka semua adalah pelajar usm jarak jauh sedang tunggu turn untuk presentation final year projek
Meraka semua adalah pelajar usm jarak jauh sedang tunggu turn untuk presentation final year projek

Alhamdulilah, selama 6 tahun bergelar pelajar usm dalam bidang sarjana sains fizik akhirnya saya akan menggengam segulung  ijazah akhir bulan oktober 2017 tahun ini. Rasa kepenatan dan lelah selama ini berbaloi hasil keringat dan sokongan dari isteri tercinta,rakan-rakan, adik beradik serta doa ibu bapa.

Bukannya senang nak senang dan bukannya susah nak susah. Banyak halangan dan cabaran yang perlu dihadapi semasa begelar student jarak jauh ni. Padahal dekat je usm dengan rumah.haha  cuma komited dengan belajar tanpa guru dihadapan je. Nama pun part time student. Pandailah kaji dan buat latihan assignment secara sendiri, nak tiru assignment boleh tapi biarlah faham ape yang kita tiru.(“,)

Baiklah saya nak senaraikan cabaran yang saya sendiri hadapi sepanjang begelar student pjj usm ni.

1.Cabaran yang paling penting adalah semangat.

Bersama isteri dan anak
Bersama isteri dan anak

Bukannya mudah untuk ada semangat belajar ni, tapi bila ada kawan yang mengajak untuk belajar balik mulalah rasa teruja dan yang paling penting bila ada rasa nak majukan diri maknanya ada pencapaian sendiri. Ada je kawan yang semangat hangat-hangat tahi ayam, tapi bila ajak daftar dier lari pulak. Semangat tak kuat tue rasanya nak jadi student usm.

2.  Cabaran kewangan

Faktor kewangan memang memainkan peranan, tapi Alhamdulilah masa awal nak start belajar tue tak kahwin lagi so ada lah duit untuk bayar yuran tak pun guna duit lhdn akaun 2 ( boleh claim balik kalau rasa beban ).

3. Cabaran Dota

Dota
Dota

Saya ni terpengaruh dengan game dota. lepas balik keje je mesti lepak kedai cyber cafe dengan kawan-kawan. Pantang di ajak. Mesti “ON” punya.  Bila awek ( sekarang isteri) call je kata penat nak tido padahal main dota. haha.

# sekarang tak main da dota. ramai sangat yang noob lagi-lagi member yang nama firdaus.

4. Cabaran Masa

Bila cakap pasal masa ni, inilah sikap yang tak boleh di padam. bila lagi seminggu nak exam je baru nak buka buku. Tapi Alhamdulilah selama belajar ni tak pernah fail. isteri pun naik pelik bin ajaib.

5.  Cabaran nak kahwin

Berkahwin masa bekerja dan belajar secara pjj
Berkahwin masa bekerja dan belajar secara pjj

Yang ini memang cabaran. Boleh pulak ambik banyak subjek masa tahun kedua. 23 jam kredit. last2 terpaksa drop 9 jam kredit( dalam 3 subjek rasanya). Yelah sibuk dengan pesiapan perkahwinan. Mana ada masa nak belek buku buat assignment. mana subjek yang saya rasa tak boleh nak study saya drop dulu. Ambik tahun depan jelah. Alhamdulilah lulus 3 subjek tue.

6. Cabaran da kahwin

Bila da kahwin ni malas nak ambik subjek banyak-banyak cukuplah ambik 10-15 jam kredit. Spend masa sedikit dengan isteri dan anak. Takdelah stress nak buat assignment, nak bercuti  dengan family. Bagi saya ambik sedikit subjek senang nak score, sebab tarikh  final exam setiap subjek biasanya ada waktu gap dalm 2 atau 3 hari. Adalah masa untuk belajar.

Ini jelah cabaran bagi saya semasa melanjutkan pelajaran sebagai student usm secara jarak-jauh. Rasanya lepas ni nak sambung master dengan study secara pjj juga. Yang penting semangat kena kuat dan duit pun nak kena ada jugak. Nak orang sponser memang takdelah.hehe

 

 

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*