Bermalam di Lexis Suites Hotel Pulau Pinang

lexis suites hotel
lexis suites hotel

Sebelum begerak ke lexis suites hotel  saya dan keluarga terus menjamu selera di Pak Hussin Tomyam Sungai Ara setelah tamat majlis konvokesyen. Pada awalnya saya bercadang hendak menjamu selera di restoran Teluk Tempoyak di Batu Maung. Memandangkan jalan ke sana sesak maklumlah waktu puncak orang pulang bekerja saya terus tidak jadi kesana.

Menjamu selera di Pak Hussin Tomyam sebelum begerak ke lexis suites hotel
Menjamu selera di Pak Hussin Tomyam sebelum begerak ke lexis suites hotel

Apa yang pasti di Pak Hussin Tomyam, makanan yang di tempah sungguh cepat di masak dan saya hanya perlu menunggu dalam 5 ke 10 minit sahaja. Ada juga hidangan satay bakar dan sotong kangkung kuah rojak dijual berasingan. Saya mengambil harga pakej  untuk 6 orang  makan hanyalah rm109 sahaja dan ini termasuk nasi 6 orang makan, seekor ikan siakap masak stim, seekor ikan siakap tiga rasa, ayam masak gajus, kailan ikan masin,tomyam campur dan satu jug jus tembikai.

Selepas habis menjamu selera tepat jam 9 malam saya terus begerak ke Lexis Suites Hotel. Perjalanan kesana hanya mengambil masa 10 minit sahaja kerana jalan raya yang tidak sesak. Cuma terdapat kerja-kerja penurapan dan pembesaran jalan sahaja yang dalam proses pembangunan kerana terdapat pembinaan rumah baru di kawasan Teluk Kumbar. Hotel ini mudah untuk di lihat kerana lexis suites hotel ini di sinari cahaya lampu yang berwana warni pabila waktu malam dan yang tertinggi di Teluk Kumbar.

Lobby Lexis Suites Hotel
Lobby Lexis Suites Hotel

Masuk sahaja di pekerangan hotel anda akan disambut dengan senyuman mat bangla security guard disana. saya hanya parking kereta di luar hotel untuk urusan check in. Saya telah membuat bayaran seminggu awal melalui website lexis suites hotel dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM385 tanpa sarapan pagi kerana bagi saya diluar hotel pun banyak kedai makan masakan melayu seperti roti canai dan kuih muih. Untuk pengetahuan anda sarapan pagi untuk dewasa adalah sebnyak rm35 seorang ,kanak-kanak rm25 dan 6 tahun kebawah adalah percuma serta deposit rm200 dikenakan kepada anda dan wang akan di pulangkan semula setelah anda membuat urusan check out. sekiranya anda membayar deposit secara kad kredit ianya mengambil masa shingga sebulan untuk wang deposit anda itu akan di kembalikan.

Setelah selesai urusan check in saya terus park kereta di tingkat 3 hotel. Cuma laluan kenderaan yang sempit  dan agak bahaya serta boleh menyebabkan kemalangan jika anda tidak fokus memandu kenderaan.

2 katil size king
2 katil size king

Masuk sahaja di bilik hotel anak saya tidak sabar-sabar untuk melihat kolam renang di dalam bilik hotel sampai terhantuk pintu bilik hotel. Biasalah budak-budak begitu excited nak mandi kolam. Bagi saya bilik hotel yang disediakan amat luas dan banyak tuala mandi di sediakan untuk pengunjung hotel mereka. Anda juga boleh memesan makanan melalui televisyen sahaja yang di paparkan di dinding bilik dengan menggunakan remote control.

Aqil seronok tak ingat
Aqil seronok tak ingat
Beli sarapan dan makan depan pool
Beli sarapan dan makan di depan pool sambil melihat anak mandi manda
Seronok dapat gembirakan insan yang kita sayang
Seronok dapat gembirakan insan yang kita sayang

Keesokan harinya saya ke jeti teluk kumbar bagi tujuan mengambil gambar belatarkan belakang lexis suites hotel.

Bergambar di jeti teluk kumbar
Bergambar di jeti teluk kumbar

Akhir kata hotel 5 bintang ini memang sesuai untuk family bercuti dan bermandi manda di kawasan bilik sahaja dengan kedamaian dan kecantikan permadangan di dalam dan di luar balkoni bilik.

 

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*