Beli Mesin Rumput Black And Decker Di Lazada

Mesin rumput black and decker RM85 sahaja di Lazada
Mesin rumput black and decker RM85 sahaja di Lazada

Setiap rumah yang mempunyai tanah mesti tidak terlepas dengan pertumbuhan rumput yang panjang jika tidak dijaga dan diurus dengan baik sekiranya tiada mesin rumput. Jika keluasan tanah yang luas mesti merasa malas untuk memotong rumput yang panjang. Ada lebih baik mengupah tukang potong rumput yang kadangkala menelan kos yang tinggi mengikut keluasan tanah.

Seperti juga rumah homestay saya. Rumah tanah lot ini saya beli dengan tujuan untuk membuat homestay. Rumah homestay ini dikelilingi dengan tanah berumput yang agak panjang sekiranya tidak dipotong lebih dari sebulan. Biasanya saya mengupah tukang potong rumput dan kos upahnya adakalanya mencecah rm25 sehingga rm30.

Setelah memikirkan kosnya adalah lebih baik saya sendiri yang membeli mesin rumput dan memotongnya secara sendiri kerana tanah rumah saya tidaklah begitu luas. Saya mencari mesin rumput di laman web lazada dan setelah saya amati dan melihat review tentang mesin rumput akhirnya saya membeli mesin rumput jenama black & decker GL260 23CM Grass Strimmer 250W dengan harga RM85 sahaja.

Rumput di Hadapan Rumah sebelum dipotong dengan mesin rumput
Rumput di hadapan rumah sebelum dipotong dengan mesin rumput
Rumput sebelum dipotong dengan mesin rumput
Rumput sebelum dipotong dengan mesin rumput

Dibawah adalah details tentang produk black& decker GL260 23CM Grass Strimmer 250W

  • Voltage : 220-240
  • Power output : 250
  • No load speed : 11,000
  • Cutting line : 1.2mm
  • Cutting : 230mm
  • Weight : 1.5kg
  • Proven Black and Decker bump feed mechanism for easy line feed
  • Use Black and Decker RS300 replacement spool and line
  • Simple cable management feature
  • Powerful 250W motor and 23cm cutting swath for efficient trimming of small gardens
  • Lightweight single handed string trimmer

Oleh kerana mesin rumput ini mempunyai wayar sambungan plug yang agak  pendek. Saya terpaksa membeli  extension soket (bulat) sepanjang 10 meter berharga  rm23 di kedai hardware. Selain itu, mesin rumput ini sangat ringan serta mudah digunakan dan hanya menggunakan tali tangsi untuk memotong rumput. Sebaiknya pengguna harus memakai kasut ketika memotong rumput supaya tidak ada batu-batu kecil atau rumput yang terbang mengenai kaki yang mengakibatkan luka.

Rumput Setelah dipotong
Rumput setelah dipotong
Rumput Dibelakang rumah setelah dipotong sorry gambar agak jauh
Rumput Dibelakang rumah setelah dipotong maaf gambar agak jauh

Kebaikan mesin rumput ini adalah ianya:

  • Sangat kecil, ringan dan mudah digunakan
  • Tidak meletihkan badan dan sangat mudah digunakan
  • Mesra alam
  • Penyelengaraan yang murah.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

 

 

 

 

About slumber 93 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*