5 Cara Mengelak Anak Makan Makanan Segera

kesedapan makanan segera mee tarik Pulau Pinang

Baru baru ini saya ada menjamu selera di sebuah restoran makanan segera Mee Tarik di Mydin Mall Seberang Prai Pulau Pinang (lokasi). Sebenarnya makanan ini tidak bagus untuk saya dan keluarga terutama Aqil yang berusia 3 tahun. Saya tahu Aqil memerlukan makanan berkhasiat supaya perkembangan mental dan fizikalnya terjamin.Sebenarnya sebagai ibu bapa kita boleh mengawal dengan bijak cara pemakanan anak-anak kita. bukan tidak boleh sesekali membawa anak ketempat restoran segera tetapi jangan dijadikan sebagai amalan biasa. Terdapat beberapa tip bagi memujuk anak menikmati hidangan dari restoran segera ini.

Tips Mengelak Anak Makan Makanan Segera

1 . Sediakan Hidangan yang disukai

Memang sukar memujuk anak makan kerana mereka lebih suka bermain atau berminat untuk menikmati makanan ringan. Apa kata untuk permulaan pemakanan anak anda, anda menyediakan dalam kuantiti yang sedikit. Jika dia tidak suka cuba sediakan hidangan lain dan apabila dia gemar barulah anda boleh menyediakan dalam kuantiti yang banyak. Letakkan sedikit ayam atau sayuran yang dipotong kecil bagi menambah kesedapan hidangan berkenaan.

2. Jangan sesekali membeli hidangan ringan

Anda juga diingatkan supaya jangan membeli makanan ringan seperti snek walaupun untuk diri sendiri. Ini kerana apabila sudah seronok menikmatinya, pasti ia akan menjadikan hidangan tersebut adalah kegemarannya. Jika dia mahu membelinya anda perlu mengatakan perkara yang negatif pada makanan berkenaan seperti akan menyebabkan dia tidak cerdik atau sebagainya.

3. Kreatif ketika menyediakan hidangan

Sebagai ibu dan bapa kita perlu kreatif menyediakan hidangan untuk anak . Misalnya, jika anak tidak menyukai buah-buahan, apa kata anda menyediakan dalam bentuk gorengan atau sebagainya. Dengan rasa serta warna yang menarik pasti anak anda akan menyukai hidangan berkenaan.

4.Tukar hidangan segera dengan hidangan berkhasiat.

Tidak dinafikan memang enak menikmati makanan segera seperti mee tarik, burger yang dijual di restoran segera. Namun sebagai ibu bapa yang prihatin kita boleh menyediakannya dirumah. Anda boleh membuat sendiri daging burger yang dikisar dari daging segar tanpa dicampur dengan perasa yang memudaratkan.

5. Temani anak anda ketika makan

Untuk mengalih tumpuannya daripada menikmati makanan ringan ini. Apa kata anda sentiasa menemaninya ketika di meja makan. Sambil makan anda bercerita mengenai kisah yang disukainya. Biarlah ianya mengambil masa yang lama untuk makan asalkan dia tidak meminta makanan segera.

Lihat kanak-kanak ini makan mee tarik menggunakan chopstik

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*